top of page

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Apa itu eKadaiBrunei.bn?

 

eKadaiBrunei adalah direktori dalam talian atau "Yellow Pages" bagi pelbagai penyedia platfom, perkhidmatan penghantaran dan logistik, dan 1 Kampung 1 Produk (1K1P), yang dilancarkan oleh AITI dan DARe pada 1 April 2020.  Peniaga-peniaga dan orang ramai boleh melayari eKadaiBrunei untuk mencari penyedia platfom e-Dagang yang dipercayai dan dikenalpasti oleh AITI dan DARe. Ini akan membantu para peniaga untuk menyertai pelbagai penyedia platfom eDagang di Negara Brunei Darussalam demi mengembangkan jangkauan pasaran mereka dalam talian.  Selain itu, eKadaiBrunei juga menyediakan direktori perkhidmatan penghantaran dan logistik untuk menghantar atau mengangkut produk dan/atau barang belian.

​

​

2. Apa itu e-Dagang dan bagaimanakah ia membantu perniagaan saya?

 

e-Dagang ialah pembelian dan penjualan produk dan perkhidmatan dalam talian. Penyedia platfom e-Dagang adalah sama seperti kedai dalam talian, dan boleh membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memasarkan barangan/perkhidmatan dalam talian untuk menjangkau lebih ramai pelanggan. Ini juga boleh membantu PMKS untuk menyediakan satu lagi saluran penjualan perniagaan mereka, yang boleh membantu menstabilkan pendapatan mereka dalam keadaan sekatan berkaitan COVID-19 pada masa ini yang menghadkan interaksi fizikal. Melalui platfom e-Dagang, pelanggan boleh membeli barangan dan membuat pembayaran dalam talian, serta mendapatkan perkhidmatan penghantaran barangan terus ke tempat mereka..

 

​

3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk eKadaiBrunei menjawab pertanyaan saya?

 

Awda akan menerima jawapan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Sila ambil maklum bahawa kami akan mengambil masa untuk menilai dan memproses pertanyaan awda dalam tempoh tujuh (7) hari.

 

 

 

Saya mempunyai perniagaan..

 

4. Bagaimanakah eKadaiBrunei boleh membantu saya?

 

eKadaiBrunei menyediakan satu tapak bagi pelanggan dan PMKS untuk mengetahui pelbagai platfom e-Dagang yang tersedia, serta mampu membantu untuk meningkatkan keterlihatan dan pemasaran barangan dan perkhidmatan PMKS dalam talian. Walaupun majoriti platfom e-Dagang memberi lebih tumpuan kepada sektor makanan & minuman, masih terdapat 11 platfom e-Dagang lain yang kini boleh didapati di eKadaiBrunei untuk awda pilih bagi menjalankan perniagaan anda.

​

 

5. Bolehkah saya menjual produk/perkhidmatan saya di eKadaiBrunei?

 

Tidak, eKadaiBrunei adalah direktori untuk menghubungkan perniagaan awda dengan platform e-Dagang.  Jika awda berhasrat untuk mula menjual dalam talian, awda boleh memilih mana-mana platfom e-Dagang yang paling sesuai dengan produk atau perkhidmatan serta keperluan semasa perniagaan awda, dan mendaftar dengan mereka secara langsung.

.

​

6. Saya berminat untuk menyertai platfom e-Dagang di manakah saya boleh bermula?

 

Jika perniagaan awda ingin mula menjual produk secara dalam talian, sila layari tab platfom e-Dagang di http://www.ekadaibrunei.bn/e-commerce-platforms, untuk mengetahui penyedia e-Dagang yang telah tersedia. Awda perlu menjalankan penilaian dan untuk memilih platfom, berdasarkankeperluan produk/perkhidmatan dan perniagaan awda. Setelah membuat keputusan, awda boleh mendaftar terus ke platfom e-Dagang yang dipilih, tetapi jika awda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi http://www.ekadaibrunei.bn/contact-us.

​

 

7. Apakah kriteria untuk menyertai platfom e-Dagang?

 

Setiap penyedia platfom mempunyai keperluan dan kriteria yang berbeza. Sesetengah platfom khusus untuk barangan runcit sahaja manakala yang lain pula ialah seperti penghantaran makanan, pakaian fesyen, gaya hidup dan banyak lagi.  Oleh itu, setiap perniagaan yang berminat untuk menyertai platfom e-Dagang perlu untuk melakukan due diligence bagi setiap penyedia platfom untuk memastikan kesesuaian dengan model perniagaan mereka.

​

 

8. Berapakah kos untuk menyertai platfom e-Dagang dan siapa yang akan menanggung kos tersebut?

​

Setiap penyedia platfom mempunyai caj dan pakej berlainan berdasarkan model perkhidmatan dan model mereka.  Kos itu akan ditanggung oleh awda, jadi awda dinasihatkan untuk menjalankan due diligence untuk memastikan platfom yang paling sesuai dengan model perniagaan awda.

​

​

9. Jika saya tidak mempunyai komputer, bagaimanakah saya boleh menyertai platfom e-Dagang?

​

Awda hanya perlu mempunyai telefon bimbit yang berfungsi dengan baik untuk menyambung.

​

​

10. Saya berminat untuk menggunakan sistem pembayaran dalam talian, bagaimanakah saya boleh memohon?

 

Pada masa ini, eKedaiBrunei tidak mengandungi senarai penyedia pembayaran dalam talian.   Walaubagaimanapun, awda boleh menghubungi kami melalui http://www.ekadaibrunei.bn/contact-us untuk menyatakan minat awda dan kami akan menghubungkan awda dengan penyedia pembayaran dalam talian berkenaan.

 

​

  

Saya mempunyai perniagaan e-Dagang/ platfom e-Dagang..

 

 

11. Bagaimanakah saya dapat menyertai dan disenaraikan di eKadaiBrunei?

 

Pada masa ini, eKadaiBrunei hanya menyenaraikan:

​

    A. Peniaga-peniaga yang menyediakan platfom e-Dagang dalam talian.

    B. Penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik yang diiktiraf.

 

Untuk keterangan lebih lanjut, awda boleh melayari www.ekadaibrunei.bn/contact-us.  Dalam masa akan datang, eKadaiBrunei, insyaAllah akan dapat mempertimbangkan perniagaan-perniagaan e-Dagang yang lain. 

​

​

12. Berapakah kos untuk disenaraikan di eKadaiBrunei?

 

eKadaiBrunei adalah laman web direktori percuma.  Tiada ada yuran dikenakan jika perniagaan awda disenaraikan dalam platfom.

 

 

 

Saya seorang pelanggan/ pengguna..

​

​

13. Saya telah menghubungi salah satu peniaga yang tersenarai dan menggunakan perkhidmatan mereka, tetapi saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakankan atau barangan yang dibeli, siapakah patut saya hubungi?

 

eKadaiBrunei adalah platfom bagi pengguna untuk mencari peniaga supaya dapat membeli-belah dan mendapatkan perkhidmatan penghantaran. Maklumat yang disediakan di laman web bertujuan untuk memberikan maklumat sahaja. Untuk sebarang aduan, awda boleh menghubungi peniaga berkenaan secara langsung..

​

​

14. Saya mencari seseorang yang dapat menghantar sesuatu untuk saya, siapakah yang patut saya hubungi?

 

Sila layari http://www.ekadaibrunei.bn/delivery-services untuk mendapatkan senarai penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik. Awda digalakkan untuk menjalankan penilaian dan due diligence untuk memilih penyedia yang dapat menepati keperluan awda.

 

​

15. Bagaimanakah saya memohon untuk menjadi pemandu bagi peniaga-peniaga ini?

 

Jika awda ingin memohon untuk menjadi pemandu atau penghantar barang (“runner’) untuk mana-mana penyedia platfom atau perkhidmatan penghantaran, awda boleh menghubungi penyedia berkenaan secara langsung.

​

​

16. Saya ingin membeli produk daripada 1K1P, bagaimanakah saya membuat pesanan?

 

Sila layari http://www.ekadaibrunei.bn/1k1p dan klik pautan ke laman web 1K1P. Awda boleh menghubungi penjual produk tersebut dengan mengklik pada imej produk untuk menghubungi peniaga berkenaan.

bottom of page